Friday, January 7, 2011

macam-macam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda membuka page Oh Tidak! ketika ber"fb"?


Suatu ketika , kira-kira jam 5.00p.m, seorang sahabat saya memanggil-manggil, "Seha,mari sini jap, cube ko bace ni..geli mat ak" katanya dalam bahasa pasar. Haha. Dengan malas ak menjawab, "Ape die? ko bacekan la. ak malas nak tengok". "Marila! bangun la jap, cube ko bace, ak x sanggup nak bacekan" katanya. Melihat wajah sahabatku yang terkelu, ak dengan penuh tanda tanya membaca satu persatu ayat di page tersebut.

Astagfirullah! Seorang lelaki mengajak seorang gadis membuat perkara yg dilarang! Ayat yg digunakan sangat tidak sopan. Ak beristighfar dalam hati. Mintak dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Rakaman perbualan antara lelaki dan wanita tersebut terpapar di skrin 'lappy' kesayangan sahabatku. Tidak perlu la saya menulis sebutir-sebutir ayat-ayat yang digunakan. Yang pasti 18SX. Tidak sesuai untuk kanak-kanak. Heee.


Cukup setakat itu ceritanya. Sekarang saya ingin berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ngeri ini bersama sahabat-sahabat. Suatu malam, yahoo messenger a.k.a ym dibuka. Perkara yang menjadi kesukaan ialah mem'buzz' seorang kawan yang tinggal selang 3 bilik sahaja, dengan tujuan mengacau. Jeng..jeng.jeng.. Haha..

Tiba-tiba, chat box diketuk. (erm, betol la kot ayat ni). Terpapar nama mat salleh yang cukup asing untuk menjadi salah seorang kawanku. "Hey there" dia menegur..Ak membalas "who are you?". itu je la yang mampu ku tanya. "I'm kindda busy right now, can you see my video?" "You'll surprise to chat with horny girl" dia membalas. (lebih kurang la ayatnya..dah lupa) . Fuh! Menyirap darah, seram sejuk dibuatnya. Pelbagai perkara timbul di fikiran. Ak membalas dengan pendek "No". Nak tahu apa yang mat salleh tu kata? "No matter you are single". Hahahaha..Ak tergelak sendirian..Do I care~


Begitu la ceritanya. Tujuan saya menulis entri ini adalah untuk berkongsi. Diharap remaja-remaja di luar sana peka dan berhati-hati dengan sesiapa sahaja terutama dengan orang yang tidak dikenali. Lihat sahaja dunia sekarang, banyak kes-kes yang pelik tapi benar. Setiap hari berita jenayah terpampang di dada-dada akhbar, terutama Metro. Haha. Jika keluar berseorangan tawakkal lah kepada Yang Esa supaya dilindungi oleh-Nya.

Kepada yang mempunyai adik kecil atau sedara mara yang masih kanak-kanak atau remaja, pantaulah pergerakan dan pergaulan mereka supaya tidak tersasar. (macam nasihat seorang mak kapada anak pulak). Kita sebagai umat Islam banyakkan menggunakan senjata kita iaitu Doa untuk melindungi diri dan keluarga dari perkara-perkara mungkar dan kejahatan manusia. (peringatan untuk diri sendiri juga!)


Sekian sahaja untuk permulaan ini. Walau tak seberapa.


p/s: quiz dan midsem exam dah dekat..Doakan saya ye sahabat-sahabat. Syukran. Wailalliqa' .




1 comments:

Luqeem™ said...

kene tgur dgn mat salleh ke?..popular btol..haha..

anyway good luck tok quiz n exam..huhu