Saturday, April 16, 2011

HOoRaYYYY!!!

Assalamualaikum semua..

MOOD: KOSONG
SITUATION : End of semester..after final exam
FEELING : TIREd!

  • SaTuRday Night..
                 BBQ time with biomedic and biotech student batch 10/11 1st sem, 1st year..

nyum..nyum~



  • PaCkinG barang-barang..
             my room before..i'm gonna miss it!! bilik satu-satu..next sem, dapat roomate baru..^^,

berselerak..huhu


That All for this entry..so tired~ goodnight!!

Thursday, April 7, 2011

15 minute!!!

Assalamualaikum semua!!
lame tak dengar cite (tiba-tiba) 
haha

penat..ngantuk..nak demam..semua ada..pilih la yang mana satu
gara-gara exam punya pasal..kuat betul influence dye..setuju x?

- situasi sebelum masuk hall
  sesak..bising..kelam kabut..semua ada..macam nak masuk panggung wayang or tengok concert pun  
  ada..haha..
  ada yang bukak buku..tak kurang jugak yang lenggang lenggok macam model dengan muka    
  selumberr pegi exam..pergg..hebat btul la..anak sape la tu..haha

lebih kurang mcm ni la keadaan nye..^^


- dalam hall




ada yang blank..cari idea..termenung..tergelak sorang2..pelik-pelik la student ni..haha..yang nak meniru tu jangan harap la..meja sedepa..

tapi.....
nak dijadikan cite..sorang mamat foreigner ni sempat jugak la jenguk-jenguk paper member sebelah..siap ingat lagi jawapan mcq member tu..haha

" i know all ur answer..just same with me"  
hahaha..nak tergelak dengar..nasib la bukan sy yang jadi mangsa..fyi..mamat tu memang la pandai..sape-sape yang duduk sebelah dye msti psycho punya la..haha

15 minutes more!!!!!!!
ayat yang paling tak suka dengar..sy tahu ade 15 minutes je tinggal..soalan essay satu lagi tak jawab!...TOLOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNGGG!!!!



"ok student..you have 15 minutes to complete ur answer..nobody allowed to leave this hall"
dengar je ayat tu..gelabah ayam dah datang..rasa macam nak terbang pun ada..haha..orang sekeliling relax je..aaaahhhh...psycho btul..pedulikan..tangan makin laju..adrenaline meningkat entah berapa kali ganda..blood pressure pun naik..habis smua la naik..tunggu nak explode je..haha


- 1 minute terakhir
   "ok student..stop writing now..put down ur pen..check ur matrix no..n....."
   time tu dah flying without wing dah..haha..sikit je lagi nak sampai bulan
    
ada yang girang gembira..boleh jawab mungkin..sekadar boleh tersenyum..syukur kepada Nya segala berjalan lancar walaupun idea stuck taknak kluar2..haha..harap ilmu yang diperoleh diberkati Allah dan bermanfaat..amiin~

p/s: ade 2 paper lagi tinggal..doakan kejayaaan sy..smoga dapat jawab dengan tenang dan diberikan ilham       
      semasa menjawab..amiin..gudluck smua!!! all da best..yeah..chill..salam

Thursday, March 24, 2011

BlooD (@_@)

Assalamualaikum..
fuhh..lama sudah x update..
blog di anak tirikan..haha
maklumlah..2 minggu yang full dengan presentation and assignment..
student la katakan..^_^

perkara yang berjaya ku buat dalam 2 minggu ni :

1) benda yang dah lama tunggu..baru kali ni dapat..ce teka..ce teka..haha
    D_R_A  D_R_H...sape dapat isi tmpat kosong ni nanti saya bagi hadiah..haha

pada suatu pagi yang sangat SeRAbUT..dalam sebuah bilik yang besar..

me: saya tak pasti la berat saya lebih 45 ke tak..
akak kaunter : xpe2..kamu isi je borang dulu..
me : okay kak..(senyum nampak gigi)

next kaunter..
me : akak..timbang dulu boleh?
aka kaunter : naik la..okay..awak lepas..berat 45++
me: yeay..haha..akhirnya..
akak kaunter : hemoglobin awak tinggi ni..bagus la derma..
me: hee~

tgk sekeliling..cari katil kosong..jeng..jeng..jeng..nampak satu kerusi..cepat2 pegi duduk..berebut dengan sorang brother ni..ladies first ye! haha
misy datang, borak-borak..tiba-tiba dia kelurkan satu jarum ..warggggg.. teringat cite "THE SAW"..(''_'')
besar nye! 

tak sampai satu saat pun..dah siap..LaH! tak sakit langsung..haha..

p/s : lepas ni dermalah darah banyak-banyak..nanti kalauu masuk hospital tak payah bayar..haha
       bantulah orang yang memerlukan~ chill!

Sunday, February 20, 2011

DaTe WiTh Mr.MaNaGeR

Assalamualaikum semua!!
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana
 masih dapat menghirup udara segar..       

Tanggal 18 Feb..

me : biha..mr.manager ni konfim tak balik ari sabtu..(maklumlah, sibuk oangnya)
biha : aku tak pastilah..dia tak call pun..

dalam hati..adoi..kalau tak jadi boleh la balik..ibu abah dah rindu ni..

petang 18 feb..message dari biha

esok pukul 5 kat restoran..(tak ingat nama restoran)

ok..set..tunggu kami wahai mr.manager..haha (tanduk keluar sikit-sikit)

Tanggal 19 Feb..

cadangan pukul 8.00 pagi keluar..alik-alik tak jadi..pukul 3.00 petang kaluar..
thanks to Mas..our driver for that day..singgah the store nak bali cendrahati..nak pikat hati manager 
konon-konon sebab dah curi masa beliau..

dalam the store..

ina : weh, nak beli ape ni? butter cookies (limited edition) or coklat  (sekotak)..        
me: buah je la..
biha : aku nak pilih ni..(butter cookies)
isza : tapi aku nak yang ni..(coklat)

undian dibuat..yeay..butter cookies menang..
bayaran dibuat..butter cookies limited edition diletakkan dalam paper bag..

butter cookies 

sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 4.00 petang..business card tak print lagi..seluruh bandar kuantan kami pusing..kedai atau cyber cafe yang menyediakan perkhidmatan print boleh dibilang dengan jari~
dari satu kedai ke satu kedai..cuaca panas terik..tekak kering..dalam hati..Ya Allah..dugaan..sabar-sabar..driver tunggu dalam kereta sebab tiada kupon parking maklumlah hari sabtu..bukan ahad..hampir 3 buah kedai kami singgah..finally!!!..

TIADA~ T_T
kami buat keputusan print business card di bilik kawan kami..fullstop!
pukul 4.30..lagi setengah jam mr.manager sampai restoran.."Mas, pecut boleh?" kami bergurau..lepas traffic light Mas dengan berani nya menekan minyak..WOW..lajunya..hebat-hebat..haha..tinggal lagi 15 minit.."sempat tak kita solat ni"..biha mula risau.."insyaallah sempat"..nak sedapkan hati..sampai Mahallah..semua berlari ala-ala Explorace gitu..haha..lebih kurang pukul 4.55 petang..kami bertolak..tudung disarung ala kadar..mintak-mintak la manager lambat, sakit perut ke (dalam hati)..haha..agak jahat disitu..kad dipotong dalam kereta.

Selang berapa minit menunggu di restoran..jeng..jeng..jeng..

"eh..manager ke tu?" masing-masing barpandangan..muka cuak biha, ina, isza jelas kelihatan..jantung bagai nak terkaluar..punya la gementar..haha
seorang lelaki berseluar jeans biru dengan T-shirt oren Adidas muncul dan menegur kami..WAH..sempoi nya manager ni..beliau menyuruh kami memesan minuman..sesi temubual bermula..latar belakang beliau disoal..semua khusyuk mendengar..aku rasa geli hati melihat mereka..setiap percakapan beliau dicatat..semua mengangguk faham apa yang disampaikan..dalam hati rasa nak menjerit.."SaYa Kurang FaHam"..rumit betul kerjaya sebagai manager..pening kepala.

for your information..beliau merupakan seorang electrical engineer di syarikat Petronas dan memegang jawatan sebagai Manager..banyak pengalaman dalam aktiviti cari gali minyak..seorang yang hebat tetapi rendah diri..kagum sebentar..beliau tanpa segan silu menceritakan kisah hidup sebagai manager..termasuklah perkenalan beliau dengan isterinya..romantik gitu..haha...temubual diselangi dengan kisah lawak antarabangsa..

hampir pukul 7 temubual selesai..gambar kami berempat bersama Mr.Manager ditangkap sebagai bukti untuk assignment kami..hati lega..perut penuh dengan air..kami bertukar-tukar kad dengan beliau dengan harapan kami tidak dilupakan..tepat jam 7, Mas, pemandu Formula One kami datang..TAMAT~


konklusinya, sesibuk mana pun kita tanggungjawab utama iaitu solat mesti dilaksanakan.
(peringatan untuk diri sendiri)
dan, sehebat mana pun kita, janganlah bermegah-megah kerana ada lagi yang hebat iaitu
 Yang Maha Kuasa..Allah SWT

cerita sama, click dibawah ini, cari entry the interview~
the other story

sekian..ilalliqa'~ ^_^

Monday, February 7, 2011

yeay!!!


Assalamualaikum..

don't worry, be HaPPy..
huhu

Setelah berhempas pulas prepare utk exam. akhirnya mampu tersenyum lega walaupun tak lama.
buku-buku tebal boleh simpan atas rak.. nota-nota yang berselerak disusun rapi..
stress..cuak..takot..semua boleh campak ketepi buat sementara waktu..haha..
dah beberapa hari mataku dan kawan-kawan bengkak
 macam mata panda gitu..

keadaan di musim exam just like this panda..^^


demi exam ramai sanggup stay up..(burning the midnight oil) konon-konon..haha..
termasuk saya..gara-gara takot tak boleh jawab..
tapi ada satu perkara yang kita tak boleh lupa
iaitu hubungan kita  dengan Yang Maha Kuasa..^^

kadang-kadang kita leka..lebihkan sesuatu sampai tinggal kan sesuatu yang lebih penting..
kadang-kadang diri sendiri pun begitu
satu perkara yang mungkin orang lain dah tahu..
 petua yang diterima semasa minggu Ta'ruf di IIUM..
tips-tips ingin berjaya..

1) Bangun malam..tahajjud
2) Baca kitab suci A-Quran di awal pagi (sebelum matahari terbit)
3) Solat berjamaah
4) Jaga sedekah 
5) Solat Dhuha
6) Jaga wudu'
7) Sentiasa beristighfar selepas solat

tips diatas boleh diamalkan..walau tak konsisten..
tapi at least kita cuba..betol x?
(untuk diri sendiri)

no 1 tu agak mencabar..memerlukan semangat yang kuat..begitu juga yang lain-lain..
Semoga usaha kita diterima Allah S.W.T..ameen..

thats all from me!!
chill out~

p/s : byk lagi exam and assignment nak dibuat..tak blh leka..haha





Tuesday, January 25, 2011

exam mode~

Assalamualaikum...


lama sudah x update blog..
maklumlah musim exam..
tak sempat fikir entry ape nak tulis..
tunggu masa yang sesuai..
huhu..that's all from me..^^

wish me luck and excellent!!
thanks!

Thursday, January 13, 2011

KaTak Oh KaTak !


Assalamualaikum

KaTak oh KataK..
Berwarna hijau comel sekali.

Aaaa....Aaaaa..Aaaa..


Suara sisters di dalam lab menjerit-jerit..maklumlah..eksperiment katak..haha..nasib baik brothers takde..kalau tidak tak tahu la.. gamat lab agaknya..katak yang tidak berdosa menjadi mangsa..

Dengan bersemangat aku kedepan untuk memilih katak..alaaaa..kecil sungguh..baby lagi rupanya..Namun nasib putera katak baik..Kerana kekurangan equipment, sang putera terselamat..haha..Putera diletakkan di dalam balang..Putera tersenyum pada aku..hahaha..khayalan semata-mata..

Putera Katak



Jika dahulu tikus putih dibedah, sekarang katak..

Setelah katak selesai dikerjakan, terdetik di dalam hati..


Subhanallah..

Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.. Sekecil-kecil ciptaan-Nya memberi manfaat bukan sahaja kepada manusia malah seluruh alam..Jika anda mengkaji atau mempelajari ilmu sains, anda pasti akan berasa takjub dengan kebesaran -Nya..Organism yang sangat simple mempunyai pelbagai fungsi yang membolehkan ia hidup bergerak mengikut ketetapan Allah S.W.T..(sunnatullah)..Begitu juga manusia, kita lahir di dunia dalam keadaan yang suci..Namun, tanggugjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus dilaksanakan..Saya tidak terlalu pandai untuk berbicara tentang ini secara terperinci..Sekadar ingin berkongsi dan menyampai walau sedikit..


Sebagai muslimin dan muslimat, kita seharus bersyukur kepada Pemberi Nikmat..Nikmat kesihatan, kekayaan, nikmat iman, serta nikmat islam dan banyak lagi nikmat yang kita peroleh adalah tanda kebesaran dan kasih sayang Yang Maha Besar kepada kita..Namun, manusia sering lupa dan merasakan nikmat yang diberi tidak mencukupi..(kufur nikmat)..Merungut dan mengeluh..kadang-kadang tanpa disedari..Beristighfar setelah sedar atas perbuatan tersebut..

Entry kali ini sekadar ingin berkongsi..walau tidak banyak yang disampaikan, renung-renungkan lah..hidup kita mungkin tidak lama..Hari ini jumpa, mungkin esok tiada lagi..Hanya Allah yang tahu..

Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan-Nya..ameeennn..
















Friday, January 7, 2011

macam-macam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda membuka page Oh Tidak! ketika ber"fb"?


Suatu ketika , kira-kira jam 5.00p.m, seorang sahabat saya memanggil-manggil, "Seha,mari sini jap, cube ko bace ni..geli mat ak" katanya dalam bahasa pasar. Haha. Dengan malas ak menjawab, "Ape die? ko bacekan la. ak malas nak tengok". "Marila! bangun la jap, cube ko bace, ak x sanggup nak bacekan" katanya. Melihat wajah sahabatku yang terkelu, ak dengan penuh tanda tanya membaca satu persatu ayat di page tersebut.

Astagfirullah! Seorang lelaki mengajak seorang gadis membuat perkara yg dilarang! Ayat yg digunakan sangat tidak sopan. Ak beristighfar dalam hati. Mintak dijauhkan dari perkara-perkara sebegini. Rakaman perbualan antara lelaki dan wanita tersebut terpapar di skrin 'lappy' kesayangan sahabatku. Tidak perlu la saya menulis sebutir-sebutir ayat-ayat yang digunakan. Yang pasti 18SX. Tidak sesuai untuk kanak-kanak. Heee.


Cukup setakat itu ceritanya. Sekarang saya ingin berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ngeri ini bersama sahabat-sahabat. Suatu malam, yahoo messenger a.k.a ym dibuka. Perkara yang menjadi kesukaan ialah mem'buzz' seorang kawan yang tinggal selang 3 bilik sahaja, dengan tujuan mengacau. Jeng..jeng.jeng.. Haha..

Tiba-tiba, chat box diketuk. (erm, betol la kot ayat ni). Terpapar nama mat salleh yang cukup asing untuk menjadi salah seorang kawanku. "Hey there" dia menegur..Ak membalas "who are you?". itu je la yang mampu ku tanya. "I'm kindda busy right now, can you see my video?" "You'll surprise to chat with horny girl" dia membalas. (lebih kurang la ayatnya..dah lupa) . Fuh! Menyirap darah, seram sejuk dibuatnya. Pelbagai perkara timbul di fikiran. Ak membalas dengan pendek "No". Nak tahu apa yang mat salleh tu kata? "No matter you are single". Hahahaha..Ak tergelak sendirian..Do I care~


Begitu la ceritanya. Tujuan saya menulis entri ini adalah untuk berkongsi. Diharap remaja-remaja di luar sana peka dan berhati-hati dengan sesiapa sahaja terutama dengan orang yang tidak dikenali. Lihat sahaja dunia sekarang, banyak kes-kes yang pelik tapi benar. Setiap hari berita jenayah terpampang di dada-dada akhbar, terutama Metro. Haha. Jika keluar berseorangan tawakkal lah kepada Yang Esa supaya dilindungi oleh-Nya.

Kepada yang mempunyai adik kecil atau sedara mara yang masih kanak-kanak atau remaja, pantaulah pergerakan dan pergaulan mereka supaya tidak tersasar. (macam nasihat seorang mak kapada anak pulak). Kita sebagai umat Islam banyakkan menggunakan senjata kita iaitu Doa untuk melindungi diri dan keluarga dari perkara-perkara mungkar dan kejahatan manusia. (peringatan untuk diri sendiri juga!)


Sekian sahaja untuk permulaan ini. Walau tak seberapa.


p/s: quiz dan midsem exam dah dekat..Doakan saya ye sahabat-sahabat. Syukran. Wailalliqa' .