Thursday, January 13, 2011

KaTak Oh KaTak !


Assalamualaikum

KaTak oh KataK..
Berwarna hijau comel sekali.

Aaaa....Aaaaa..Aaaa..


Suara sisters di dalam lab menjerit-jerit..maklumlah..eksperiment katak..haha..nasib baik brothers takde..kalau tidak tak tahu la.. gamat lab agaknya..katak yang tidak berdosa menjadi mangsa..

Dengan bersemangat aku kedepan untuk memilih katak..alaaaa..kecil sungguh..baby lagi rupanya..Namun nasib putera katak baik..Kerana kekurangan equipment, sang putera terselamat..haha..Putera diletakkan di dalam balang..Putera tersenyum pada aku..hahaha..khayalan semata-mata..

Putera Katak



Jika dahulu tikus putih dibedah, sekarang katak..

Setelah katak selesai dikerjakan, terdetik di dalam hati..


Subhanallah..

Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.. Sekecil-kecil ciptaan-Nya memberi manfaat bukan sahaja kepada manusia malah seluruh alam..Jika anda mengkaji atau mempelajari ilmu sains, anda pasti akan berasa takjub dengan kebesaran -Nya..Organism yang sangat simple mempunyai pelbagai fungsi yang membolehkan ia hidup bergerak mengikut ketetapan Allah S.W.T..(sunnatullah)..Begitu juga manusia, kita lahir di dunia dalam keadaan yang suci..Namun, tanggugjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus dilaksanakan..Saya tidak terlalu pandai untuk berbicara tentang ini secara terperinci..Sekadar ingin berkongsi dan menyampai walau sedikit..


Sebagai muslimin dan muslimat, kita seharus bersyukur kepada Pemberi Nikmat..Nikmat kesihatan, kekayaan, nikmat iman, serta nikmat islam dan banyak lagi nikmat yang kita peroleh adalah tanda kebesaran dan kasih sayang Yang Maha Besar kepada kita..Namun, manusia sering lupa dan merasakan nikmat yang diberi tidak mencukupi..(kufur nikmat)..Merungut dan mengeluh..kadang-kadang tanpa disedari..Beristighfar setelah sedar atas perbuatan tersebut..

Entry kali ini sekadar ingin berkongsi..walau tidak banyak yang disampaikan, renung-renungkan lah..hidup kita mungkin tidak lama..Hari ini jumpa, mungkin esok tiada lagi..Hanya Allah yang tahu..

Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan-Nya..ameeennn..
















0 comments: